Dengan penuh rasa dukacita, saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Ts. Dr. Syamsul Hendra bin Mahmud, Pensyarah Jabatan Ukur Bahan, Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia, yang telah kembali ke rahmatullah. Kehilangan seorang warga akademik yang berbakti merupakan satu kehilangan besar buat universiti.
Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, meluaskan kuburnya serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman.
Al-Fatihah.
Kerana Tuhan Untuk Manusia
Menginovasi Penyelesaian Lestari
#vcutm8
#KeranaTuhanUntukManusia
#MenginovasiPenyelesaianLestari
#UTMASCEND2030
Source



