Sahabatku dari Kuantan datang berkunjung 🥰. Cikgu Azizi, sahabatku sejak Tingkatan 1 dan isteri, Cikgu Maziah bertolak dari Kuantan selepas subuh.
.
Saya bawa mereka ke restoran kegemaran, Restoran Syafinaz di Batu 8 Gombak untuk makan roti canai.
.
Setiap kali bertemu, saya tak lepaskan peluang bertanya mengenai pendidikan anak-anak kerana mereka berdua berpengalaman luas, Cikgu Azizi adalah Guru Besar dan Cikgu Maziah bakal menjadi Guru Besar tak lama lagi (setinggi tahniah! 💐).
.
Terima kasih atas persahabatan dan nasihat-nasihat yang amat berharga. Semoga berjumpa lagi 🥰.



Source



