Diari Dr Siti Hamidah

Jun ini genap 10 tahun saya dalam bisnes. Bermaksud sudah sedekad saya bergelar …


Jun ini genap 10 tahun saya dalam bisnes. Bermaksud sudah sedekad saya bergelar Usahawan Penyelidik.

Saya ingin kongsikan pendapat dan kesimpulan mengenai pengalaman saya mengimbangkan kerjaya sebagai pensyarah dan usahawan selama lebih 10 tahun ini.

Disclaimer: Ini pendapat peribadi saya, mungkin berbeza dengan pendapat Usahawan Penyelidik yang lain.

1. Setelah 10 tahun, saya dapati jarak antara akademik dan industri masih luas sama seperti dulu walaupun banyak inisiatif dari kerajaan.

2. ⁠Ini kerana nilai-nilai yang kontradik antara akademik dan bisnes. Contoh: dalam bisnes semua perlu pantas, tapi dalam sistem akademik sesuatu keputusan mengambil masa yang lebih lama untuk diputuskan. Banyak lagi contoh lain.

3. ⁠Sifat kontradik pensyarah itu sendiri juga boleh menjadi penghalang. Contoh: pensyarah berautoriti penuh memangkah, mengomen dan tidak bersetuju dengan pelajar (dan hal-hal lain), tetapi sebagai peniaga, perlu humble dan rela dimaki.

4. ⁠Justeru, Usahawan Penyelidik, yang rela membuat dua-dua kerja dengan bersungguh-sungguh dan tabah adalah spesis yang “rare”.

5. ⁠Terpulang pada semua pihak terbabit samada ingin menghargai, mengambil manfaat atau memandang serong kepada spesis rare ini.

6. ⁠Usahawan Penyelidik mempunyai masa 24 jam sama seperti orang lain. Tidak lebih dan tidak kurang. Tetapi mereka memakai dua topi besar.

7. ⁠Jika mereka dikira sama seperti pensyarah lain (yang tidak membuat pengkomersilan) dan demi untuk “fair kepada pensayarah lain”, diberi (atau lebih jujur, dilambakkan) dengan tanggungjawab yang sama, inilah penyebab utama pengkomersilan di universiti gagal.

8. ⁠Ekosistem ini membuat pengkomersilan tidak berkembang dan mati. Majoriti pensyarah termasuk yang berbakat dalam bisnes memilih berkata “tidak” kepada pengkomersilan. Buat apa nak susahkan diri? Pendapatan sebagai pensyarah pun not too bad.

9. ⁠Kita lihat bagaimana orang bisnes (Contoh, Dato Ali Maidin, Dato Alif Syukri) hustle untuk memajukan bisnes mereka, begitulah juga sepatutnya Usahawan Akademik bertindak.

10. ⁠Tiada jalan lain untuk berjaya dalam bisnes kecuali hustle. Jika ada geran pun hanya untuk memulakan sesuatu inovasi. Seterusnya usahawan perlu berusaha keras untuk mengembangkan dan mengekalkan bisnes.

11. ⁠Sebagai Usahawan Penyelidik tulen, segala cabaran, tiada sokongan, hustle, tiada empati dianggap hanya lah sebagai perjalanan dan pieces of a puzzle yang perlu dilalui. Mereka terus bergerak ke hadapan.

12. Tetapi amat rugi jika tidak dimanfaatkan kerja keras, kepakaran dan pengalaman mereka ini, terutamanya jika agenda negara adalah untuk memartabatkan pengkomersilan inovasi.

13. Kesimpulan saya, meskipun ada pihak yang tidak menghargai, tidak menyokong dan memandang serong, tetapi sumbangan yang diberikan oleh Usahawan Penyelidik adalah amat besar dan mungkin hanya dinampaki oleh orang tertentu sahaja.

Usahawan Penyelidik tulen harus terus tabah dan gigih kerana lama-kelamaan akan nampak jua impak kebaikan yang dilakukan, meskipun perlu hustle selama berdekad-dekad.

Teruskan perjuangan 🫶💐.
#sedekadnk
#akakprofsiti
#profluencer



Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *