
I decided to be happy! Alhamdulillah! 🌹
.
Seminggu sebelum konsert Hijjaz, saya membuat keputusan drastik untuk menyertai pameran di KLCC bagi program Selangor International Care Exhibition.
.
Sebagai penaja konsert Hijjaz, banyak juga perkara perlu diselesaikan oleh team.
.
Ini menyebabkan team saya menanggung dua tanggungjawab besar serentak!
.
Tambahan pula sudah sampai masa memperkenalkan branding baru DR SITI NK.
.
Tak dapat nafikan tekanan adalah memuncak.
.
Malam kelmarin sebelum konsert, saya hanya dapat tidur sejam lebih sahaja. 🥹
.
Saya sudah sedar di umur begini, setiap perkara yang memberatkan fikiran akan mengorbankan ketenangan dan tidur.
.
Tapi saya gembira dengan semua ini. 🥰💖
.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, terutamanya susunan pameran, video-video montaj, design logo-logo dan poster etc. Setinggi terima kasih kepada team yang amat komited dan terbaik; Fareen, Maira dan Alif. 💖🥹.
.
Izinkan saya menyanyi lagu berhantu daripada penganjur konsert ini iaitu Inteam Records yang turut menyumbangkan lagu di konsert Hijjaz. Saya terhibur dan gembira 🫠.
#NKxHijjaz
#sedekadnk
#drsitink
#nkagereverse
Source


