Diari Dr Siti Hamidah

Tiga sifat yang melayakkan anda berkerja di Apple Hari ni, Apple mendapat Ketua…


Tiga sifat yang melayakkan anda berkerja di Apple

Hari ni, Apple mendapat Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu, John Ternus. Sebelum ini Ternus ialah Naib Presiden Kanan Kejuruteraan Perkakasan Apple.

CEO lama, Tim Cook akan mengambil kedudukan baharu sebagai Pengerusi Eksekutif. Ini bermakna dia masih ada pengaruh besar di dalam Apple sebagai sebuah syarikat teknologi.

Sebagai sebuah institusi, pertukaran kempimpinan ini amat penting. Tidak ada manusia yang menongkat langit, walaupun sebagai CEO syarikat gergasi dunia. Perancangan penggantian amat kritikal di dalam menentukan Apple terus unggul di dalam kesengitan persaingan di dalam pasaran.

Di dalam satu temubual, Tim Cook menggariskan 3 sifat yang Apple cari di dalam bakat-bakat yang ia nak ambil sebagai ahli pasukannya:

1. Sifat koloberasi yang berakar kepada kepercayaan bahawa “satu campur satu menjadi tiga”

2. Perasaan ingin tahu yang tulen berkenaan bagaimana manusia dan perkara-perkara lain berkerja

3. Kreativi yang membolehkan orang berkenaan nampak apa yang ada di sebalik selekoh

Dengan selamba sahaja Cook cakap “Orang yang ada ijazah atau pandai coding tak semestinya diambil oleh Apple”. Baca ni wahai anak-anak muda. Sijil kamu tu kertas, syarikat-syarikat seperti Apple nak ambil orang-orang yang boleh membawa syarikat naik jauh ke atas lagi.

Nak lahirkan anak-anak muda yang bijak berserta ada minda yang kreatif dan berani, kena tengok cikgu-cikgu mereka juga. Jika cikgu pun hanya boleh mengajar berdasarkan nota atau tak berani dipersoalkan kebijaksanaan mereka, sudah tentu mereka akan melahirkan anak-anak murid seperti tikus.

Di zaman ini, menghafal sudah tidak menjadi kemahiran penting. Jadi, anak-anak yang lulus secara cemerlang melalui latihan tubi akan berjaya mengumpul sijil tetapi tak ada nilai bagi syarikat-syarikat seperti Apple. Tu yang ramai berhijrah ke syarikat-syarikat seperti Grab.

Apa lagi jika anak-anak muda kita dibesarkan untuk setia kepada guru tanpa menilai hujah apa yang guru-guru mereka bawa. Tu dah ta’asub pulak, bukannya menimba ilmu.

Keberanian meneroka perkara-perkara baharu itulah yang menjana inovasi. Jadi, kena berani mencabar status quo dengan ilmu, kemahiran dan keyakinan. Adakah anak-anak begini lahir dari sistem pendidikan kita?

#ayuhbinasolusi
#mindastrategik
#komunitikeluargamembaca



Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *