KERANA SAYANG
Sudah hampir separuh abad hidup, Sudah bekerja lebih separuh dari usia, baru faham betul-betul apa maksud “Do what you Love, and Love what you Do”.
.
Semuanya kerana sayang.
.
Bila sayang, maka boleh bertahan dan buat sehabis baik. Ada waktunya gelap gelita meraba-raba dan terjatuh dalam perjalanan.
.
“Sayang” menjadi cahaya pedoman dalam keadaan gelap tersebut. Ini relevan dalam semua perkara: peribadi, kerjaya dan bisnes.
.
Refleksi kepada team NK yang saya amat sayangi ini. Kami berkumpul di bandaraya KL hujung minggu ini.
.
Team yang di Johor Bahru semuanya datang.
.
Saya rasa bersyukur dan bertuah kerana team ini sudah kekal bertahun-tahun, ada yang telah lebih 10 tahun bersama saya.
.
Terima kasih kepada kalian semua yang kekal bersama NK. 🥰
.
Terima kasih team HQ kerana membuat kejutan kek yang amat istimewa sempena hari jadi saya pada 30 September. Kek menyerupai poster Promo September yang asalnya diimaginasi oleh Alif 🥰.
.
Sayang semua. Semoga panjang jodoh bersama NK 🤍🤗.



Source


