Diari Dr Siti Hamidah

Kembali sedar diri dan ingat semula “big why”. . Di MIHAS (Malaysia Internation…


Kembali sedar diri dan ingat semula “big why”.
.
Di MIHAS (Malaysia International Halal Showcase) hari ini.
.
Hampir terkena “sihir” di kawasan booth negara China. Terlalu menarik produk-produk mereka.
.
Singgah di booth yang menjual gummy halal. Ada creatine gummy! Ini produk yang sedang Munif Fikri usahakan.
.
Tanya harga. Alangkah terkejutnya hanya RM5 (lima ringgit sahaja) untuk sebotol gummy creatine yang ada dalam 30 biji.
.
Minimum order quantity (MOQ) 10,000 botol.
.
Creatine gummy ini boleh dijual sehingga RM150 sebotol. Hanya buat label menarik dan tulis kebaikan creatine 😥.
.
Tak tahu dari mana, timbul kesedaran. Eh, bukankah selama ni saya mengusahakan produk makanan dan wellness buatan Malaysia, guna bahan Malaysia, guna tumbuhan Malaysia, bukan rebrand dan repackaging.
.
Bukankah itu “big why” saya dalam bisnes. Untuk memperkasakan produk buatan Malaysia.
.
Kalau hanya beli gummy dari China ini, tiadalah sumbangan kepada pembangunan ekonomi, penanaman roselle tempatan, kerjasama kilang tempatan dan sebagainya.
.
Ya Allah, baru sedar kembali, inilah realitinya. Produk kita, usahawan kita berdepan dengan gergasi besar iaitu China.
.
Kalau nak senang dan untung besar, beli saja gummy dari China ini.
.
Bisik hati saya, tetapkan perjuangan. Tak kaya tak apa. Biar berprinsip dan menyumbang untuk negara tercinta.
.
Alhamdulillah masih ada kewarasan dan keinsafan.





Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *