Diari Dr Siti Hamidah

Sewaktu melahirkan Munif dulu, saya terlalu sayangkannya sehingga pernah berkata…


Sewaktu melahirkan Munif dulu, saya terlalu sayangkannya sehingga pernah berkata kepada Bonda, “jika ada anak lain, tak tahu macamana nak menyayangi anak itu kerana semua kasih sayang sudah tertumpah kepada Munif.”
.
Kata-kata itu menjadi ejekan manja Bonda kepadaku sehingga kini 😅.
.
Kerana sesungguhnya bila dapat Safya dan Muadz, kasih sayang yang sama tertumpah juga kepada mereka 🥰.
.
Itulah perasaan seorang ibu.
.
September ini aku meningkat usia lagi. Sekelip mata aku menjadi tua dan anak-anak telah pun remaja.
.
Tiada lagi pelukan 300 kali sehari. Ciuman tak terkira waktu. Semuanya ada “boundaries”. Masih boleh peluk dan cium tapi sudah tak sama. 🥹
.
Yang masih tinggal dan diratib, “I love you”, “you are so meaningful to me”.
.
8 tahun lepas semuanya masih kecil. 8 tahun akan datang, hanya Allah SWT yang tahu. Semoga panjang umurku dapat melihat mereka lagi.



Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *