Anakku Munif Afifi yang protective. Plan asal cuti summer ini untuk menjalani internship selama tiga bulan.
.
Internship adalah kemahuan sendiri, bukan kewajipan dari universitinya.
.
Tapi, setelah sebulan, Munif tersedar yang dia tidak sempat langsung membantu Umi untuk menguruskan NK, samada NK Age-Reverse atau NK Food.
.
Lalu dia membuat keputusan berhenti internship awal dan mengurus kafe kecil NK Food.
.
“Munif juga nak luangkan masa dengan Umi, Abi dan adik-adik.”
.
Tapi rezekinya, mendapat tawaran part time di syarikat internship nya. Abi dan Umi memang mendorong Munif terima tawaran untuk belajar dan menajamkan pengalaman.
.
Maka Munif membuat dua kerja. NK Food dan part time dengan law firm.
.
Penuhlah jadual Munif dengan pelbagai perkara lain juga. Orang muda memang kena kerja kuat. Umi is very proud of you 🥰🤗.
.
Nota: Orang sekitar Batu 7 Gombak silalah ke NK Food untuk merasa Ais Kepal original dari Abang Ais Kepal (Abang Munif). Buka 12pm – 3pm Isnin hingga Jumaat saja.
#NKFood



Source



