Majlis farewell yang memberi inspirasi.
.
Semalam staf Jabatan Kejuruteraan Kimia MJIIT UTM berkumpul untuk majlis perpisahan Prof. Dr Azila yang akan menjadi YB (yang bersara) setelah 35 tahun bersama UTM.
.
Sangat menginspirasikan apabila mendengar ucapan pensyarah-pensyarah muda yang berterima kasih kepada beliau atas pelbagai jasa.
.
Membuat saya insaf, bahawa akhir sekali yang paling bermakna adalah apa yang kita beri kepada orang.
.
Bukan apa yang orang beri kepada kita. Dan walaupun sekecil perkara, mungkin ia kecil kepada kita tetapi besar kepada orang lain.
.
Selamat bersara k Zila. Semoga terus sihat dan bahagia bersama keluarga. 💐




Source


