Diari Dr Siti Hamidah

Saya pernah dikomen oleh seorang Profesor bahawa kepakaran research saya ‘caca-m…


Saya pernah dikomen oleh seorang Profesor bahawa kepakaran research saya ‘caca-marba’.😌🥹
.
Dalam satu meeting dia berkata, “ada orang semua benda dia nak buat, dari pokok sampai ke langit”.
.
Ketika itu, saya tak wise dan matang macam sekarang. Memang sedih dan terasa dia merujuk kepada saya.
.
Sebab awal kerjaya saya dulu, memang tak dapat dinafikan caca marba, tak ada nitch (khusus) lagi masa tu. Bukankah memang sepatutnya macam tu kalau nak buat inovasi.
.
Tapi, waktu dia cakap sebegitu, saya dah jumpa nitch saya iaitu “wellness study”.
.
Mungkin dia tak update dan tak faham apa saya buat.
.
Saya teringat kenangan ini apabila semalam ke KL Convention, melawat booth berkaitan kenaf.
.
Mesti pening si Profesor apabila tahu saya nak buat projek berkaitan kenaf pula. 😅
.
Tak apalah kalau Prof dan sesiapa tak faham. Asalkan saya faham.






Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *