Diari Dr Siti Hamidah

Kali ini tiada air mata yang tumpah mengiringi anakanda pergi. . “Umi jangan s…


Kali ini tiada air mata yang tumpah mengiringi anakanda pergi.
.
“Umi jangan sedih, setahun saja lagi Munif tamat.”
.
Kali ini perjalanan jauh, kerana beli tiket sewaktu perang Iran-US memuncak tempohari.
.
Tak banyak pilihan dan terpaksa pilih ke Heathrow London. Sepatutnya yang termudah adalah ke Birmingham Airport. Menyebabkan Munif perlu naik bas ke Birmingham, kemudian ambil keretapi ke Aberystwyth pula.
.
Termasuk terbang KL – Jeddah – London, perjalanan lebih 30 jam.
.
Alhamdulillah Umi lega sangat apabila akhirnya beliau video call dari bilik asrama pada pukul 12 tengah malam.
.
Walaupun tengah malam sampai ke universiti, masih boleh ambil kunci bilik.
.
Syukur tiada yang buruk menimpa anakku sepanjang perjalanan.
.
Selamat belajar Munif, semoga beroleh kejayaan besar dan dapat berbakti kepada ramai orang.
.
Semoga dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dalam perlindungan Allah swt.



Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *