Hari ni birthday si bongsu. Muadz ❤️
Bukan baby lagi dah. Dah besar, dah jadi wakil sekolah main ragbi.
Tapi yang buat Umi paling bangga bukan sebab dia pandai main.
Tapi sebab hati dia.
Dia anak yang sangat caring.
Kadang-kadang dia tanya soalan yang Umi sendiri dah lupa…
“Belakang Umi sakit dah elok ke?”
“Umi dah beli benda X yang Umi cakap kelmarin tu?”
“Umi dah makan belum?”
Ya Allah… macam mana boleh ada anak se-thoughful ni ya 😭
Dalam sibuk dia, dia masih ingat hal-hal kecil pasal Umi.
Semoga Muadz membesar jadi lelaki soleh.
Kuat di padang, kuat di dunia, kuat di akhirat.
Jagalah diri baik-baik di ragbi hari ni ya sayang.
Selamat hari lahir ke-14 anak Umi.
Doa Umi mengiringi setiap langkahmu.
Terima kasih kerana menjadi anak yang baik 🤍
#HappyBirthdayMuadz #AnakBongsu #TeamRagbi #AnakSoleh


Source



