Diari Dr Siti Hamidah

Kek 2 sempena bulan Jun – Bulan ulangtahun ke 10 NK. #sedekadNK . VVIP saya hari…


Kek 2 sempena bulan Jun – Bulan ulangtahun ke 10 NK. #sedekadNK
.
VVIP saya hari ini adalah kawan-kawan Orang Asli dari Kampung Kuala Pangsun, Hulu Langat.
.
Hari ini saya bahagia ditemani dua anak muda kesayangan NK (dan saya ☺️); Munif Fikri dan Alif Danish Ahza.
.
Saya dan wanita-wanita Kuala Pangsun telah berkenalan sejak setahun lepas untuk program CSR UTM. Saya cuba membantu mereka menambah pendapatan melalui NK.
.
Mereka gembira bukan sahaja untuk menambah pendapatan, tetapi untuk menggunakan produk NK juga.
.
Terbukti tak kira siapa, dan di mana, wanita memang perlukan skin care. Siapa kata skin care bukan keperluan.
.
Tetapi hari ini separuh daripada mereka tidak dapat hadir kerana perlu menguruskan kebun durian dan buah-buahan, kerana musim buah telah tiba.
.
Namun saya telah pastikan dua wanita iaitu Biella dan Masgir wajib hadir kerana mereka telah bersetuju untuk menjadi influencer NK Age-Reverse.
.
Kemudian, Zela juga telah menyatakan keinginan untuk menjadi influencer NK.
.
Saya sangat gembira atas peluang kolaborasi dengan mereka bertiga. Kita ingin lihat bagaimana mereka mengasimilasikan NK Age-Reverse dalam kehidupan seharian mereka.
.
Alhamdulillah atas segala kesempatan dan semoga Allah SWT sentiasa memberkati dan melindungi 💙.
#10tahunnk
#nkagereverse10tahun







Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *