Sejak beberapa hari, saya buntu mengenai suatu perkara.
.
Mengenai bisnes, hanya orang yang menjalankan bisnes yang akan betul-betul faham.
.
Allah SWT detikkan hati saya untuk berjumpa wanita hebat ini: Dr Rozetta Dollah. Saya WhatsApp mohon untuk berjumpa. Dia balas sudi berjumpa secepat mungkin.
.
Impaknya kepada saya, hanya Allah yang tahu. Lima kali berlaku, dari duduk berbincang, dapat solve satu isu, saya bangun dan pergi memeluk dia. Dia memeluk saya kembali dan kami duduk semula meneruskan perbincangan.
.
Ya Allah, situasi yang setara kalau sebelum ini adalah saya menangis dalam keadaan ini. Itu saya yang dulu yang tak matang. Sekarang dah ada metod lain, iaitu memeluk dan teruskan perbualan 🤭😃.
.
Sebenarnya saya amat malu dengan beliau. Sudi berjumpa walaupun beliau sangat sibuk. Dan mendengar satu persatu isu saya, empati kepada saya dan memberi cadangan penyelesaian.
.
Saya berkata, “Betapa baiknya hati Dr Zeta. Saya harap saya pun sebaik Dr Zeta, suka menolong orang. Saya rasa saya ini kurang baik.“
.
Dia berkata, “Prof. Siti ada baik di tempat lain.” Humble sungguh dan cuba memberi kredit dan harapan kepada saya. Saya cuma mengaminkan sungguh-sungguh dalam hati.
.
Lesson: Jangan malu berguru. Jangan kedekut berkongsi. Kita semua nak maju sama-sama.
Terima kasih Dr. Zeta kerana membantu dan memberi inspirasi. Harap sudi repeat mengopi lagi 🥰🤗🫶
#WomenSupportingWomen #UsahawanMalaysia #CircleYangBaik


Source



