Diari Dr Siti Hamidah

TAHU TAK? Tak semua yang tulis “SPF” tu betul-betul protect kulit kita . Saya j…


TAHU TAK? Tak semua yang tulis “SPF” tu betul-betul protect kulit kita 😱.

Saya jumpa 1 produk “Brightening Sun Body Serum SPF 30 PA+++”.
Jom kita belajar baca label sama-sama 👇

Apa yang pelik dengan produk ni?

1. Susunan bahan tak logik.
Peraturan kosmetik: Bahan paling banyak mesti tulis dulu.
Tengok senarai bahan: `Aqua, Glycerin, Niacinamide, PARFUM…`
Maksudnya `Parfum/Wangian` ni no.4 paling banyak. Ini sangat tinggi!
Biasanya wangian <1% je. Kalau tinggi sangat tak sesuai untuk kulit sensitif & senang iritasi. 2. Claim SPF tapi bahan sunscreen terlalu sikit. Dalam ni ada `Titanium Dioxide, Ethylhexyl Salicylate, Octocrylene, Zinc Oxide`. Tapi kedudukan dia jauh di bawah. Maksudnya kuantiti sangat sedikit. Kalau sikit macam ni, mana cukup nak bagi protection `SPF 30 PA+++` yang betul? Lagi-lagi `Zinc Oxide` tu memang kena banyak baru boleh support PA+++. 3. Vitamin C tak stabil. Ada `Ascorbic Acid`. Tapi Vitamin C ni kena dalam formula berasid baru jalan. Bila tengok bahan lain, produk ni bukan pH rendah. So Vitamin C tu akan cepat rosak/teroksida. Maknanya buang duit je. Kesimpulan: Bukan nak condemn brand. Tapi ni contoh kenapa kita kena bijak pilih produk. Claim cantik di depan, tapi bila check ingredients... tak masuk akal. Tip pilih body sunscreen yang betul: ✅ `Zinc Oxide / Titanium Dioxide` mesti duduk awal dalam senarai ✅ Elak wangian tinggi kalau kulit sensitif ✅ Jangan tertipu dengan claim besar tapi formula tak support Kita bayar untuk berkesan, bukan untuk wangi je kan? 😅 Saya & team NK memang sangat cerewet bab formula. Sebab tu setiap claim kita memang ada data + bahan yang cukup untuk support. Atau tak payah pakai bahan ber SPF sebagai body lotion kerana ia lebih susah dicuci. #EdukasiSkincare #BacaLabel #TipKulit #NKSkincare #SunscreenTip #BodyLotion #SkincareMalaysia




Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *