Diari Dr Siti Hamidah

Alamak! Ramai mesej bertanya saya dan hubby kami ambil cuti ke semalam pergi ke …


Alamak! Ramai mesej bertanya saya dan hubby kami ambil cuti ke semalam pergi ke Ganu? 😃
.
Trip ke Ganu itu adalah pada hari Sabtu.
.
Jumaat sebelumnya saya bekerja sampai lewat malam (buat live, siangnya pelbagai kerja, menyebabkan saya perlu keluar dari ambien kehidupan harian dan kerja.
.
Jadi seawal pagi esok kami lancar ke Ganu. Bertolak sebelum subuh. Terima kasih En Suami melayani karenah isterimu ini 🤗.
.
Rupa-rupanya, “kuasa yang memanggil” dari Ganu adalah haiwan-haiwan di zoo mini Rimba Razia 🥰.
.
Memang dah ditakdirkan bertemu haiwan-haiwan ini yang menyebabkan body dan fikiran saya sangat relieved and healed. Kami ke situ otw balik ke KL dari nasi dagang.
.
Malahan saya telah berjaya memecahkan satu kebuntuan bisnes yang bersarang di fikiran sejak berbulan-bulan. Alhamdulillah.
.
Sekarang ni saya sedang merindui kawan-kawan saya itu. Macamana ni. Nak kena pergi Ganu lagi ke weekend ni 🥹😰.




Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *