
Kena pergi juga Ganu sebab macam ada satu kuasa memanggil-manggil di sana.
.
Munif tanya, “betul ke Abi Umi nak pergi. Di KL takde nasi dagang ke.” Soalan jujur bukan sarkastik. Safya pula dah bimbang takut jadi apa-apa terhadap AbiUmi kerana beria sangat nak pergi. 🥹
.
Dengan nekad, pukul 5 pagi saya dan suami bertolak ke Terengganu. Sampai Kuantan dah putus asa kerana tak sampai-sampai 😂🤭.
.
Empat jam baru tiba. Mujur Mala, adik angkat ku sejak undergrad di UTM Skudai sudah tunggu dengan hidangan penuh semeja. 🥰
.
Berbaloi perjalanan jauh boleh melepaskan rindu kepada beliau.
.
Selepas itu, kami terus bertolak pulang tapi singgah sekejap di zoo mini, Rimba Razia berjumpa kawan-kawan baru saya iaitu alpaka dan burung kakak tua. 🥰🫠
Source



