Dalam banyak-banyak pencapaian sebagai pensyarah, ini satu-satunya tiada dalam perancangan dan kemampuan saya. Saya mengaku kelemahan 🥹.
.
Tapi alangkah terkejutnya pada minggu lepas, apabila ada wajah dalam poster ini. Siap terfikir, mereka tersilap ke.
.
Bukan tak mahu jadi saintis bertaraf dunia, tapi dunia keusahawanan saya terlalu demanding, menyebabkan saya melepaskan genggaman terhadap pencapaian akademik yang satu ini.
.
Hati lebih banyak terharu dan hiba daripada gembira apabila tahu mengenai perkara ini. Apabila mengenangkan usaha dan bantuan oleh ramai pihak dalam kerjaya saya.
.
Atas pertolongan dan jasa baik ramai oranglah maka adanya pencapaian ini. Ramai yang membantu penghasilan buku, jurnal berimpak, jurnal scopus, bab dalam buku dan penulisan yang lain.
.
Pelajar-pelajar PhD, Master, undergrad dan interns, Postdocs terutamanya Dr Akil Ahmad, kolaborator dan co-author dari UTM dan universiti lain. 💐💐💐
.
Terima kasih kerana membantu saya untuk konsisten menerbitkan penulisan, walaupun saya sudah jauh dalam dunia keusahawanan. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian 🤗💙.
Source



