“Bersiaplah, kita dinner. Anak-anak tak boleh ikut.”
.
Kata my hubby petang hari lahirku.
.
Saya ingatkan dia akan bawa ke restoran kegemaran keluarga yang biasa kami pergi di sekitar Gombak.
.
Rupa-rupanya menuju ke tengah Bandaraya Kuala Lumpur, valet parking dan naik ke tingkat 40 sebuah hotel.
.
Terus saya perasan, “Alamak! Saya telah underdressed untuk majlis yang istimewa ini.” 🥹.
.
Tapi saya cuba untuk tidak fokus kepada pakaian. Hanya betul-betul menikmati masa berdua yang jarang-jarang ada dan dalam suasana yang amat romantik.
.
Ada bunga api juga kelihatan di sekitar KLCC 🥰.
.
Terima kasih Abang kerana menyusun kejutan hari lahir yang sangat istimewa.
.
Banyak yang istimewa tetapi masa bersama itulah yang paling istimewa dan berharga.
.
Terima kasih atas segala usaha Abang untuk menyayangi saya dan anak-anak.
.
Semoga Allah swt panjangkan jodoh dalam kebahagiaan dan ketenangan. 💖🥰😘
Source



