Diari Dr Siti Hamidah

Safya hadiahkan jambangan mawar merah kepada Umi sempena hari lahir Umi. . Umi …


Safya hadiahkan jambangan mawar merah kepada Umi sempena hari lahir Umi.
.
Umi hargai sangat tapi lebih terkesan dengan ucapan Safya sebagai Wakil Murid tempohari.
.
Di umur Umi begini, tiada yang lebih membahagiakan Umi daripada melihat satu-satunya anak perempuan Umi menjadi anak yang baik dan membanggakan keluarga.
.
Ya, perjalanan masih jauh. Tapi Umi yakin Safya sudah mempunyai asas kekuatan untuk menghadapi onak-duri perjalanan dalam menuju kejayaan.
.
Teguhkan keimanan dan semangat. Usah terpesona dengan kilauan yang dianggap permata. Tidak semua yang berkilau itu permata. Berhati-hati lah.
.
Berhati-hati dengan kata-kata manis dan sentiasa berdoa agar dilindungi Allah SWT.
.
Di hari lahir Umi ini, Umi berdoa agar Allah berikan umur yang panjang dan kesihatan untuk kita berdua, agar Umi dapat melihat kejayaan Safya di masa hadapan.
.
Dan semoga Allah beri kesempatan masa untuk kita melalui hari-hari bersama dalam kebahagiaan.
.
Terima kasih kerana menjadi warna paling terang dalam kehidupan Umi. I love you so much đź’ť.
#myonlydaughterSafya




Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *