Diari Dr Siti Hamidah

Tidaklah saya menceburi bisnes ceramah motivasi pula . . Ceritanya, saya sangat…


Tidaklah saya menceburi bisnes ceramah motivasi pula 😃.
.
Ceritanya, saya sangat sayangkan sekolah anak-anak saya iaitu SMK Sungai Pusu.
.
Saya ini kan mak yang over confident, rasa boleh jaga anak sendiri, tak mahu masukkan asrama.
.
Ha tanggunglah kena fikir kemaslahatan mereka 24 jam dari makan, pakai, belajar, ibadah, akhlak etc 🥹.
.
Berbalik kepada saya sayangkan sekolah tersebut, suami pun Yang Dipertua PIBG, saya ingin menyumbang apa yang saya ada: ilmu, pengalaman, apa yang ada.
.
Program lawatan batch pertama ke UTM beberapa minggu lepas melibatkan bukan kelas Safya.
.
Waktu program batch pertama ke UTM itu, Safya dan rakan sekelas pergi ke UIA.
.
Saya rasa sangat puas hati dengan program tersebut yang melibatkan pelajar-pelajar melawat makmal-makmal termasuk makmal saya, mendengar ceramah tentang kemasukkan ke MJIIT UTM dan saya memberi suntikan motivasi.
.
Namun saya rasa terkilan kerana Safya dan kawan-kawan tidak berpeluang mengalami perkara yang sama.
.
Lalu, atas inisiatif sendiri (dan pujukan kepada YDP PIBG), semalam Safya dan kawan-kawannya seramai satu bas telah berjaya datang ke UTM. 🥰
.
Lega lah hati saya kerana tercapai apa yang dihajatkan agar anak-anak cemerlang dan harapan SMKSP dapat pengalaman dan pendedahan mengenai UTM. 😊
.
Siapa yang ingin menyambung ke bidang Kejuruteraan, boleh ambil UTM sebagai antara pilihan utama.
.
Dan Aunty Siti bagi motivasi menyebabkan anak-anak mendapat suntikan semangat membara untuk menghadapi SPM yang hampir tiba.

*Tapi ok juga kalau ada yang nak panggil ceramah. Bayaran RM3000 sejam negotiable 😃.

#lawatanUTM
#baktink




Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *